~~Kuasa akal mengenali hati..
Hati merupakanorgan homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk
- menyimpan glikogen,
- mensintesis protein plasma, dan
- menyahtoksik dadah.
- menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman.
- melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas.
tdk lah akal manusia dapat menerimanya kalau hati sebagaimana yg difahami (organ) yg mmpu atau berkuasa mpengaruhi kehidupan kecuali kesihatan..
menurut Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim..
"perhatikan,sesungguhnya di dalam badan manusia ada seketul daging..apabila dia baik maka baikla seluruh anggota badannya..dan apabila dia rosak..maka rosaklah seluruh anggotanya.ketahuilah ia di namakan hati"...
manusia yg melalui pertimbangan akalnya mesti berusaha menjurus hatinya kearah kebaikan..sbb hati jika tidak dikawal akan jadi keras dari batu..
firman Allah..
"kemudian sesudah itu HATI kamu menjadi keras juga seperti batu bahkan lebih keras lagi'
hati juga hendaklah berfungsi dengan ikhlas..
apa yg di namakan IKHLAS??
menurut para ulama'
"lenyapnya pandangan thdp keikhlasan diri bererti bahawa sesorng dianggap benar2 ikhlas di sisi Allah (menurut pandangan Allah..ialah orng yg tidak mengagung2kan rasa ikhlas dirinya sendiri) tidak memperhitungkan dan melihat2kan dengan rasa takjub tentang rasa ikhlas dlm beribadah kpd Allah dlm membuat sebarang kebajikan thpd manusia"
manusia dilengkapi dengan 2 kekuatan besar iaitu
AKAL dan KEHENDAK
kedua2nya perlu dikawal supaya akal x berfikir secara sesat dan kehendak tdk terikut2 kemahuan hawa nafsu..
Rasulullah mengibaratkan HATI sebagai RAJA kpd pancaindera difahami sebagai pemerintah kpd Akal dan kehendak..
hendaklah hati itu menjaga pemikiran akal dan tuntutan kehendak supaya tidak melampaui batas agama utk menjadikan manusia berakal...
melalui hati manusia diuji sama ada menjadi baik atau jahat dinyatakan dlm Al Quran
"tentu kami azab mereka kerana dosa2 mereka dan kami kunci mati hati mereka"
(surah Al Araf:100)
"demikianlah Allah mengunci mati hati org2 yg tidak mahu memahami"
(surah ar-Rum:59)
firman Allah berkenaan ujian-Nya mengenai hati
"..itulah orng2 yg diuji hati mereka oleh Allah utk bertakwa"
hati dalam badan manusia adalah organ yang lembut..tetapi kita yg mncorak kan kekerasan hati kita..
masyarakat pada tabiinya x mungkin berlaku sifar kebaikannya kerana manusia bukan syaitan..
dan juga x mungkin melakukan sifar kejahatan kerana manusia bukan malaikat..
sekeras kerikil..kalo dititiskan air setiap hati akan pecah juga..tetapi hati xdpt dilembutkan hny dgn air..tapi dgn ibadah yg ikhlas..amal ma'ruf nahi munkar dan mngaggung2kan kebesaran Nya..
semoga aku dan orng2 yg bace post ni dapat manfaat darinye..
wallahu a'lam...
0 comments:
Post a Comment