BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 28, 2009

..subahanallah..


"wa fii anfu sukum.a fala tubsirun"

Thursday, July 23, 2009

mlm ni 23/7 aku telah dijadualkan ke Langkawi utk fieldwork..
best gak g belajo sambil jenjalan..
lgpon da lame x g sane..
tapi..
aku x sure pe yg aku ase..
nk kate hepi x gak..nak kate x suke pon x..
tapi aku ase bedebar..

Tuesday, July 21, 2009

::SeKEpiNG HaTi::


~~Kuasa akal mengenali hati..

Hati merupakanorgan homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk

  • menyimpan glikogen,
  • mensintesis protein plasma, dan
  • menyahtoksik dadah.
  • menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman.
  • melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas.
Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus

tdk lah akal manusia dapat menerimanya kalau hati sebagaimana yg difahami (organ) yg mmpu atau berkuasa mpengaruhi kehidupan kecuali kesihatan..

menurut Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim..

"perhatikan,sesungguhnya di dalam badan manusia ada seketul daging..apabila dia baik maka baikla seluruh anggota badannya..dan apabila dia rosak..maka rosaklah seluruh anggotanya.ketahuilah ia di namakan hati"...

manusia yg melalui pertimbangan akalnya mesti berusaha menjurus hatinya kearah kebaikan..sbb hati jika tidak dikawal akan jadi keras dari batu..
firman Allah..

"kemudian sesudah itu HATI kamu menjadi keras juga seperti batu bahkan lebih keras lagi'

hati juga hendaklah berfungsi dengan ikhlas..
apa yg di namakan IKHLAS??

menurut para ulama'
"lenyapnya pandangan thdp keikhlasan diri bererti bahawa sesorng dianggap benar2 ikhlas di sisi Allah (menurut pandangan Allah..ialah orng yg tidak mengagung2kan rasa ikhlas dirinya sendiri) tidak memperhitungkan dan melihat2kan dengan rasa takjub tentang rasa ikhlas dlm beribadah kpd Allah dlm membuat sebarang kebajikan thpd manusia"

manusia dilengkapi dengan 2 kekuatan besar iaitu
AKAL dan KEHENDAK
kedua2nya perlu dikawal supaya akal x berfikir secara sesat dan kehendak tdk terikut2 kemahuan hawa nafsu..
Rasulullah mengibaratkan HATI sebagai RAJA kpd pancaindera difahami sebagai pemerintah kpd Akal dan kehendak..
hendaklah hati itu menjaga pemikiran akal dan tuntutan kehendak supaya tidak melampaui batas agama utk menjadikan manusia berakal...

melalui hati manusia diuji sama ada menjadi baik atau jahat dinyatakan dlm Al Quran

"tentu kami azab mereka kerana dosa2 mereka dan kami kunci mati hati mereka"
(surah Al Araf:100)

"demikianlah Allah mengunci mati hati org2 yg tidak mahu memahami"
(surah ar-Rum:59)

firman Allah berkenaan ujian-Nya mengenai hati

"..itulah orng2 yg diuji hati mereka oleh Allah utk bertakwa"

hati dalam badan manusia adalah organ yang lembut..tetapi kita yg mncorak kan kekerasan hati kita..

masyarakat pada tabiinya x mungkin berlaku sifar kebaikannya kerana manusia bukan syaitan..
dan juga x mungkin melakukan sifar kejahatan kerana manusia bukan malaikat..

sekeras kerikil..kalo dititiskan air setiap hati akan pecah juga..tetapi hati xdpt dilembutkan hny dgn air..tapi dgn ibadah yg ikhlas..amal ma'ruf nahi munkar dan mngaggung2kan kebesaran Nya..

semoga aku dan orng2 yg bace post ni dapat manfaat darinye..

wallahu a'lam...

Tuesday, July 14, 2009

...:::jgn bagi salam sebarangan:::..

Kedudukan Hukum Lelaki Memberi dan Menjawab Salam Perempuan.

Sunat bagi perempuan memberi salam kepada sesama perempuan dan wajib ke atas yang diberi salam menjawab salam tersebut sebagaimana keadaan hukumnya antara lelaki dengan lelaki memberi dan menjawab salam.

Jika perempuan itu adalah isteri kepada lelaki tersebut atau mahramnya, maka kedudukannya sama seperti keadaan lelaki memberi dan menjawab salam dengan sesama lelaki, iaitu sunat salah seorang daripada mereka memulai memberi salam dan salah seorang lagi wajib menjawab salam tersebut.

Jika perempuan itu adalah orang asing (ajnabiyah) bagi lelaki tersebut, apatah lagi perempuan itu tergolong dalam kategori perempuan yang cantik yang ditakuti menimbulkan fitnah, maka makruh lelaki itu memberi salam kepada perempuan seperti ini. Jika dia(lelaki) memberi salam juga, haram bagi perempuan itu menjawab salam tersebut. Begitu juga bagi perempuan haram memberi salam kepada lelaki dan jika dia(perempuan) memberi salam juga, makruh bagi lelaki menjawab salam tersebut.

Jika perempuan yang ajnabiyah itu pula adalah perempuan yang sudah tua, sekira-kira tidak menimbulkan fitnah, maka boleh(sunat) perempuan itu memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki itu menjawab salamnya, begitu juga hukumnya salam lelaki kepada perempuan tersebut.

Adapun jika perempuan itu yang terdiri dari bilangan yang ramai, dibolehkan(harus) bagi seorang lelaki memberi salam kepada mereka atau sekiranya lelaki terdiri dari bilangan yang ramai, maka boleh(harus) mereka memberi salam kepada seorang perempuan, dengan syarat tidak ditakuti terjadinya fitnah, sama ada kepada lelaki atau perempuan tersebut.

Wednesday, May 6, 2009

sem 3

x mampu aku nk bygkan situasi sem depan..
cam ne study..kwn2..lecturer..jadual..field work..
mcm2 la..

sem depan modul aku geosains..
actly ni 2nd choice aku..
first choice Kesihatan..
mule2 frust skit la..
coz dulu nak jadi Dr..
tapi xdpt..so mintak yg leh keje ngn Health Ministry gak la
x dpt gak..
mmg di takdirkan aku x lyk dgn yg bekaitan health ni..
tp bile pk2 n renung2kan...
xpe la..
ade hikmatnye..
bagi aku x beza sgt modul2 len..
grad nnt pon still
~IJAZAH SARJANAMUDA SAINS (KEPUJIAN)SAINS SEKITARAN

modul aku ni paling byk field work compare ngn
modul2 len...
seronok gak la..hehehehe..
x sabo tgu sem depan..

kawan2..
jumpe sem depan ek..
come back in one piece..

RAHSIA DISEBALIK E-MAIL

Gunakan Nama Penuh

Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya nurhanis_alias@yahoo.com .Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya.Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.

Nama Depan Dan Tengah

Contoh: Amir Hanif Abdullah. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai amirhanif@yahoo.com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama Dan Tahun

Contoh: FaraH2003@yahoo.com .Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.


Nama Samaran atau lain2

Hehheh… ramai yg suka buat email begini..Contohnya funny_girlz@yahoo.com atau luv_icecream@yahoo.com.Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.hepy go lucky dan anda pasti selesa bersama mereka.Jika dia adalah pasangan anda, hidup anda akan sentiasa ceria namun awas jangan sangka dia tidak berperasaan.Dia juga manusia biasa Smile

Nombor Dan Abjad

Contoh: wbi1208@yahoo.com. Nama diwakili dengan nombor +abjad sahaja.Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu “membuka” dirinya kepada seseorang .Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak … kirim salam sahajalah..

Tuesday, May 5, 2009

Ulasan setelah otak di perah hingga kontang

yuhuuuu..
exam da abis..
da lega???..byk cantik aku lega??
risau gile ngn result yg bakal kuar ni...
berikut adalah komen2 berdasarkan paper yg aku jwb...

~KIMIA..
pehhh..soklan die..leh tahan memerah otak...
kene hafal rumus n segala reaction satu hal la..kene kire2 lak 2..mase tgh jwb exam..
lecturer aku jln ngan penuh bangga tgk ktorng tekun n beri sepenuh perhatian jwb soklan..
x tau ke dieorng soklan tu wat kami x mampu toleh kiri kanan..
terpesona ngan kesusahan soklan2 tu..

~STATISTIK GUNAAN..
ucapan terima kasih pade Dr liong utk soklan yg mampu aku terputus nyawa jawab...
hapal pny hapal..latihan pny latihan yg ssh2..kuar soklan hampeh..sampai berpeluh2 aku jwab walaupon dlm DECTAR yg cam dlm ice box..nak2 dak cine sblh aku laju je..tekan calculator cam tekan keyboard@piano..kecut perut aku..lom kire sakit jiwa aku ngn buku jadual statistik yg di beri..mmg aku x reti gune buku 2..sbb study aku gune buku lain..aku mmg kuar kan "fatwa" rumus tah dari mane..muntah la Dr Liong menanda..

~PRINSIP SAINS SEKITARAN 1..
urmm..soklan not bad..straight to the point..tapi pagi tu mmg kepala aku pening n agak blurr sikit..so..take time utk aku fahamkan soklan..bior pon ramai yg kuar awal..aku tetap nak tggu sampai mase tamat..even aku hampir frost dlm DECTAR yg sejuk 2..

~TITAS..
thanx pd para rakan senior aku..katenye..xperlu la bace TITAS..wat past year je...tp nsb bek la ku bace gak sikit2..mmg past year tu tahyul semate2..kalo x bace langsung byk mmg buntang la aku kat situ..byk soklan baru..agak hampeh..

~ENGLISH..
agak lega..soklan simple je..tapi aku risau kalo ade careless mistakes..
coz leh jejaskan jwpn len...hope betul la..

~KHIDMAT MASYARAKAT..
Aku x study mane pon..main2 je lebih..nak2 tgk rumate aku da kemas barang..jiwa aku jadi kacau..hahahaa...sebelum msk dewan aku da sediakan peluru2 dan bom2 untuk dilemparkan pade ketas OMR 2..mmg cam Hirosyima n Nagasaki kene bom la ketas 2..

~BIODIVERSITY..
adohaiiii..90 questions to answer..byk gle kene hafal..mmg kene hafal tol2 kalo x mmg huru hara..bertukar2 la characteristic phylum..subphylum n order..seb baik past year membantu sikit..
tapi..byk gak terpaksa jadi nujum mak belalang jap..harap2 betul nujum aku 2..

Monday, May 4, 2009

SAM & DOL

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar
boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah
minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik
tak mati.


------------------------------------------------------


SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2
Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang
dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit


------------------------------------------------------


SAM: Kau kata binatang peliharaan kau
mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa
ia mati dalam air!


------------------------------------------------------


SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut
tengok aku.
DOL: Mana kau tahu? SAM: Aku tengok muka
dia pucat semacam jer....


------------------------------------------------------


SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa
masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah


------------------------------------------------------


SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini
"candle light dinner" dengan bini kau,
mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar
bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!


------------------------------------------------------


SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara
ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang,
semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak
payah tanya, aku dah tahu...


------------------------------------------------------


SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau
makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena
banyak berlatih agar dapat batuk dengan
lebih baik lagi.

Sunday, May 3, 2009


"Saat Ku ciptakan wanita,
Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya,
walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut
untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.



"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata,
agar dapat mencurahkan perasaannya.
Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan
bila-bila masa pun dia inginkan.
Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah
"air mata kehidupan."


Wednesday, April 29, 2009

TAWA DALAM TANGISAN

Terhenti langkah seketika
Pandangan tersasar
Jiwaku bergelora
Sendiri ku dirundung sepi
Mengenang kembali
Saat yang telah pergi

Apa erti teman
Kini jadi lawan
Racun kau lemparkan
Diriku terseksa
Biarlah ku menanggung keperitan

Sesalan... diriku mula terasa
Kenangan ... jadikan pengajaran
Tak mudah... untuk aku melupakan
Demi persahabatan...
Tawa dalam tangisan

Terbongkar segala rahsia
Selama ini ku tak pernah menduga
Apakah cuba kau lakukan
Terbuktilah engkau
Gunting dalam lipatan

Apa erti teman
Kini jadi lawan
Racun kau lemparkan
Jiwaku terseksa
Biarlah ku menanggung keperitan

Sesalan... diriku mula terasa
Kenangan ... jadikan pengajaran
Tak mudah... untuk aku melupakan
Demi persahabatan...
Tawa dalam tangisan

Saturday, April 18, 2009

..::FiNaL eXaM iS ArOuNd tHe cOrNeR::..

risau aku bile pk kan hal2 exam..
setiap kali exam cam ni la idup aku..
kadang2 rase huru hara..

banyak ag x abis cover
risau2..